Tuesday, December 14, 2010

PENDAFTARAN MURID BAGI SESI 2011

Pendaftaran murid pra sekolah, tahun 1 hingga tahun 6 dan pembelian alat tulis untuk sesi 2011 pada:
Hari: Jumaat
Tarikh: 31.12.2010

Masa: 8.30 pagi-12.00 tengahari

Read more...

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA BAGI SESI 2011

TARIKH: 27.12.2010
HARI: ISNIN
TEMPAT: BILIK MESYURAT SK ABDULLAH
MASA: 8.30 PAGI

Read more...

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PRA SEKOLAH

Satu mesyuarat permuafakatan antara guru pra sekolah dan ibu bapa bagi murid-murid yang akan memasuki pra sekolah bagi sesi 2011 akan diadakan pada
Hari: Rabu
Tarikh: 15.12.2010
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Kelas pra sekolah SK Abdullah

Read more...

Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Tahniah kepada semua murid yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
13 orang murid yang berjaya memperoleh 5A
14 orang murid yang berjaya memperoleh 4A 1B


SENARAI MURID YANG BERJAYA MEMPEROLEH 5A DALAM UPSR 2010

1. MUHAMMAD IQBALHAKIM BIN MOHAMAD RAFI
2. MUHAMMAD ZAKIR BIN TALIB
3. AISYAH HALWANI BINTI MOHAMAD HATTA
4. IFFAH MAWADDAH BINTI SUHAIMI
5. MIMI NORHANA BINTI MUHAMAD NISFU
6. MIMI NUR AZLEIN BINTI MAT NASIR
7. NAJIHAH BINTI KAMARUZZAMAN
8. NORAINI BINTI MOHAMAD
9. NUR ALYA SYAHIRAH BINTI SLAMAT
10. NUR FARHAH BINTI TAHIR
11. NUR SAMHANA BINTI NASIR
12. NURFATIN AFIQAH BINTI MD ARIFFIN
13.SITI HAJAR BINTI ABD WAHAB

SENARAI MURID YANG BERJAYA MEMPEROLEH 4A 1B DALAM UPSR 2010
1. AHMAD AMINNUDDIN BIN NORHUZAINI
2. AMIRUL NAIM BIN NORDIN
3.MUHAMMAD AMEERFAIZAL BIN MOHD MUSTAFA
4. MUHAMMAD FAISAL BIN IBRAHIM
5. MUHAMMAD MURSYID BIN MAHMUD
6. MUHAMMAD NUR AKMAL BIN KAMIS
7. MUHAMMAD SYAFIQ BIN IBRAHIM
8. NIK NAZATUL LAILY BT MD ARSAD
9. NUR HANNANI BINTI AB RAHMAN
10. NUR ZAFIRAH BT ABD RAZAK
11. NURNISA ILYANA BT ABDUL AZIZ
12. NURUL AFIQAH BT AB MUTALIB
13. SITI KHADIJAH BT IRASHA
14. SUZIANA BT SANUSI

Read more...

Tuesday, November 2, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010 akan diadakan pada:

Hari : Selasa
Tarikh: 9 November 2010
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Read more...

CUTI SEMPENA DEEPAVALI

03 November 2010 (Rabu) = Cuti Peristiwa
04 November 2010 (Khamis) = Cuti berganti (telah diganti pada 7 Ogos 2010)
05 November 2010 (Jumaat) = Cuti Umum sempena Hari Deepavali

Read more...

Tuesday, October 26, 2010

KELAS INTENSIF KOMPUTER

Kelas intensif komputer akan diadakan sepanjang cuti sekolah yang bermula pada 22 November 2010 dan berakhir pada 16 Disember 2010. Sehubungan dengan itu, murid-murid tahun empat dan lima yang berminat untuk menghadiri kelas tersebut diminta berjumpa dengan Fasilitator SchoolNet sekolah Pn Noor Asyikin Binti Ismail dengan kadar segera. Pendaftaran dibuka dari 26 November 2010 sehingga 8 November 2010.

Read more...

MINGGU PEPERIKSAAN

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid SK Abdullah, Ledang yang bermula dari Hari Isnin, 25 Oktober 2010 hingga Hari Jumaat 29 Oktober 2010. Diucapkan selamat maju jaya dan memperoleh keputusan yang lebih cemerlang

Read more...

Friday, September 3, 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN IHYA' RAMADHAN 1431H DAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

Majlis Khatam Al Quran Ihya' Ramadhan 1431 H dan Sumbangan Hari RayaAidilfitri telah diadakan pada:

Hari: Jumaat
Tarikh: 3 September 2010
Tempat: Dewan Terbuka SK Abdullah
Masa: 10.00 pagi-12.00 tengahari

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Latif dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al Quran oleh wakil murid dari kumpulan tadarus yang telah diadakan sejak awal Ramadhan. Seterusnya bacaan selawat yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Sulaiman Bin Mahmod. Majlis ini dilengkapi lagi dengan ucapan guru besar, En Miswan Bin Hj Tori serta penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan miskin serta penyampaian duit raya untuk semua murid Sk Abdullah. majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dan bermaaf-maafan antara murid dan para guru.

Read more...

Saturday, August 14, 2010

Video


Read more...

Wednesday, June 30, 2010

TERKINI DI SK ABDULLAH

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN:
1. Solat Hajat setiap pagi Jumaat
Tempat: Surau SK Abdullah
(semua guru bersama murid-murid tahun 6)

2. Program Membudayakan Al Quran di Dewan Penghulu Abdullah Setiap pagi Jumaat
(Murid Pra Sekolah hingga Tahun 5 bersama Ustazah Nor Waina dan Ustazah Nor Aima)

3. Program Tadarus Al-Quran (Setiap Hari Rabu, Waktu Kokurikulum)
Tempat: Di kelas masing-masing

Mesyuarat Guru-Guru Penolong Kanan Daerah Muar dan Ledang
Hari: Isnin
Tarikh: 09.08.2010
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Penutup Minggu Kecergasan dan Pelancaran Hari Kemerdekaan
Hari: Sabtu
Tarikh: 07.08.2010
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Percubaan UPSR kali Pertama
Bagi murid Tahun 6
Hari: Selasa-Khamis
Tarikh: 27.07.2010-29.07.2010

Ujian Penilaian Prestasi Murid 3 (UPPM 3)
bagi murid Tahun 1 hingga 5
Hari: Selasa-Khamis
Tarikh: 27.07.2010-29.07.2010

Gerak Gempur UPSR Kumpulan GALUS, Zon KBSR Parit Bunga
13 Julai 2010, Hari Selasa (Bahasa Melayu)
14 Julai 2010, Hari Rabu (Bahasa Inggeris)
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Gerak Gempur UPSR Kumpulan GALUS, Zon KBSR Parit Bunga
20 Julai 2010, Hari Selasa (Matematik)
21 Julai 2010, hari Rabu (Sains)
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Motivasi UPSR
Tarikh: 22 Julai 2010
Hari: Khamis
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Hari: Khamis
Tarikh: 1 Julai 2010
Program Kecemerlangan UPSR untuk murid-murid tahun 6 bertempat di Dewan Penghulu Abdullah

Hari: Rabu
Tarikh: 30 Jun 2010
Mesyuarat Audit UPPM 2
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Hari: Sabtu
Tarikh: 26 Jun 2010
Program Kecemerlangan UPSR untuk murid-murid tahun 6 SK Abdullah. Program ini adalah kerjasama Sk Abdullah, Sk kesang Tasek,SK Belemang, dan SK Serom 5

Read more...

Wednesday, May 26, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010





AKTIVITI DI DEWAN SEBELUM AKTIVITI PADANG

Read more...

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru terutama guru-guru yang mengajar di SK Abdullah.

Dedikasi buat semua guru:

SAJAK GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Read more...

Thursday, April 1, 2010

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD LEDANG KALI KE 43

SK Abdullah berjaya mendapat tempat ketiga daripada 14 buah Sekolah Rendah Daerah Ledang yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Ledang kali ke-43 2010. Kejohanan tersebut diadakan di Kolej Matrikulasi Johor pada 24 Mac 2010 hingga 27 Mac 2010. SK Abdullah berjaya merangkul sebanyak 3 Pingat Emas, 3 Pingat Perak, dan 2 Pingat Gangsa daripada keseluruhan acara yang dipertandingkan.



Nurul Syakinah bt Jamaludin berjaya meraih anugerah Peserta Terbaik Perempuan 10 Tahun dengan merangkul 2 Pingat Emas untuk acara 100 m dan 200 m. Beliau juga berjaya mencipta rekod baru bagi acara 100 m Perempuan 10 Tahun dengan catatan masa 16.10s. Satu lagi Pingat Emas dimiliki oleh Nurul Atika Bt Jamaludin melalui acara 80 m Lari Berpagar Perempuan 12 Tahun. Pingat Perak dimiliki oleh Muhammad Nur Akmal Bin Kamis yang menyertai acara Lontar Peluru Lelaki 12 Tahun. 2 lagi acara yang berjaya mendapat Pingat Perak ialah 4x100m Perempuan 12 Tahun dan 4x200m Lelaki 10 tahun.2 lagi Pingat Gangsa berjaya diperoleh melalui acara Lompat Tinggi Lelaki 12 Tahun yang diwakili oleh NorHisham Bin Mohamad serta acara Lompat Tinggi Perempuan 10 Tahun yang diwakili oleh Nursyazlyn Aireen bt Salehhuddin.


Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Tidak ketinggalan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang menjadi jurulatih iaitu En Mohd Khalid Bin Mohd Nor, En Ahmad Rashidi Bin Mohd Arshat, En Mohd Mernan Bin Taling, dan En Mohd Ridzuan Bin Ali. Semangat para guru yang berkobar-kobar melatih para atlit yang mewakili sekolah menjadi pendorong utama kepada mereka untuk meraih kejayaan dalam pertandingan tersebut.

Read more...

Monday, March 29, 2010

Kursus Pembinaan Blog

Kursus pembinaan blog Fasa 1 akan diadakan pada minggu ini.
Selasa hingga Khamis : 2.00-5.00 pm
Jumaat : 2.45 pm
Tempat : Pusat Akses SK Abdullah
Kursus ini adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Borang pendaftaran diletakkan di dalam bilik guru.Kehadiran kursus ini diambilkira sebagai LDP

Read more...

Thursday, March 11, 2010

PROGRAM JALINAN MESRA IBU BAPA DAN GURU


Pendaftaran ibu bapa dan murid-murid tahun enam seawal jam 7.30 pagi



Ucapan dari En Miswan Bin Hj Tori selaku Guru Besar SK Abdullah



En Mohd Mernan Bin Talling selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Abdullah memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk lebih cemerlang.



Barisan guru-guru tahun enam bersama GPK Kurikulum dan GPk Kokurikulum



Adik Mimi Nor Hana selaku ketua murid SK Abdullah mengetuai bacaan ikrar


Murid-murid bersalam dengan para guru memohon restu



Program jalinan mesra ibu bapa dan guru bagi murid-murid tahun enam SK Abdullah Ledang:
Hari: Jumaat
Tarikh: 12 Mac 2010
Masa: 8.00-10.00 pagi
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa, murid-murid dan guru-guru SK Abdullah yang bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan murid-murid SK Abdullah

Read more...

Monday, March 8, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas SK Abdullah

Tarikh: 05.03.2010
Hari: Jumaat
Masa: 7.25 pagi-10.00 pagi
tempat : Dewan Penghulu Abdullah

Kursus ini adalah bertujuan untuk melatih, memberi motivasi serta tunjuk ajar kepada pengawas dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengawas dan tidak ketinggalan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar

Read more...

Tuesday, February 23, 2010

Ujian Penilaian Pencapaian Murid 1 (UPPM 1)

Ujian Penilaian Pencapaian Murid 1 (UPPM 1) akan bermula pada hari Selasa 2 Mac 2010 sehingga Hari Khamis 4 Mac 2010.

Read more...

KARNIVAL KOKURIKULUM AKADEMIK ZON PARIT BUNGA

Sekolah Kebangsaan Abdullah akan menjadi tuan rumah untuk Karnival Kokurikulum Akademik bagi peringkat Zon Parit Bunga. Terdapat 30 buah sekolah yang akan menyertai karnival tersebut.
Berikut merupakan maklumat untuk karnival tersebut:
Tarikh: 27.02.2010
Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Penghulu Abdullah, SK Abdullah Sungai Mati Ledang
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari

Read more...

Friday, February 12, 2010

HARI KEJOHANAN OLAHRAGA

Hari Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Abdullah kali ke-39 adalah seperti berikut:

Hari: Khamis
Tarikh: 25.02.2010
Masa : 7.30 a.m-1.00 p.m
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Abdullah

Read more...

HARAP MAAF..LAMAN INI MASIH DALM PEMBINAAN

Read more...

Penafian:

Pihak Sekolah Kebangsaan Abdullah Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerugian Disebabkan Oleh Penggunaan Maklumat Yang Diperolehi Dari Laman Ini. Terima Kasih.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP