Thursday, April 1, 2010

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD LEDANG KALI KE 43

SK Abdullah berjaya mendapat tempat ketiga daripada 14 buah Sekolah Rendah Daerah Ledang yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Ledang kali ke-43 2010. Kejohanan tersebut diadakan di Kolej Matrikulasi Johor pada 24 Mac 2010 hingga 27 Mac 2010. SK Abdullah berjaya merangkul sebanyak 3 Pingat Emas, 3 Pingat Perak, dan 2 Pingat Gangsa daripada keseluruhan acara yang dipertandingkan.



Nurul Syakinah bt Jamaludin berjaya meraih anugerah Peserta Terbaik Perempuan 10 Tahun dengan merangkul 2 Pingat Emas untuk acara 100 m dan 200 m. Beliau juga berjaya mencipta rekod baru bagi acara 100 m Perempuan 10 Tahun dengan catatan masa 16.10s. Satu lagi Pingat Emas dimiliki oleh Nurul Atika Bt Jamaludin melalui acara 80 m Lari Berpagar Perempuan 12 Tahun. Pingat Perak dimiliki oleh Muhammad Nur Akmal Bin Kamis yang menyertai acara Lontar Peluru Lelaki 12 Tahun. 2 lagi acara yang berjaya mendapat Pingat Perak ialah 4x100m Perempuan 12 Tahun dan 4x200m Lelaki 10 tahun.2 lagi Pingat Gangsa berjaya diperoleh melalui acara Lompat Tinggi Lelaki 12 Tahun yang diwakili oleh NorHisham Bin Mohamad serta acara Lompat Tinggi Perempuan 10 Tahun yang diwakili oleh Nursyazlyn Aireen bt Salehhuddin.


Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Tidak ketinggalan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang menjadi jurulatih iaitu En Mohd Khalid Bin Mohd Nor, En Ahmad Rashidi Bin Mohd Arshat, En Mohd Mernan Bin Taling, dan En Mohd Ridzuan Bin Ali. Semangat para guru yang berkobar-kobar melatih para atlit yang mewakili sekolah menjadi pendorong utama kepada mereka untuk meraih kejayaan dalam pertandingan tersebut.

Read more...

Penafian:

Pihak Sekolah Kebangsaan Abdullah Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerugian Disebabkan Oleh Penggunaan Maklumat Yang Diperolehi Dari Laman Ini. Terima Kasih.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP